Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia telah mengesahkan Honor 10 akan memasuki pasaran tempatan

Honor Malaysia telah mengesahkan Honor 10 akan memasuki pasaran tempatan 1

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu lagi telefon pintar Honor yang baru akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Honor telah menghantar gambar ‘teaser’ ruang udara Kuala Lumpur didalam warna gradasi dengan hashtag ‘#newhonor akan datang’.

Honor Malaysia telah mengesahkan Honor 10 akan memasuki pasaran tempatan 2

Satu-satunya peranti yang terlintas pada fikiran kami adalah, Honor 10 yang akan dilancarkan secara rasmi di Shanghai pada 19 April ini dan Malaysia mungkin menjadi antara pasaran antarabangsa pertama didunia untuk menerima Honor 10.

Honor 10 akan menjadi telefon pintar kedua Honor  untuk hadir dengan pemproses Kirin 970 dan dikeluarkan sebagai alternatif yang lebih murah bagi Huawei P20.

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua

Honor 10 juga dijangka hadir dengan reka bentuk skrin dengan ‘notch’ yang merupakan ciri wajib pada telefon pintar.

Honor Malaysia telah mengesahkan Honor 10 akan memasuki pasaran tempatan 3 Honor Malaysia telah mengesahkan Honor 10 akan memasuki pasaran tempatan 4

Pengumuman ini juga tiba selepas Honor mengumumkan penurunan harga bagi Honor View10 dan Honor 7x sebanyak RM 200 setiap model.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.