Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canon memperkenalkan kamera EOS 50M, 1500D dan 3000D dengan harga serendah RM 1,799

Canon secara rasminya telah memperkenalkan beberapa produk terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu Canon EOS M50, EOS 1500D, EOS 3000D dan flash Speelite 470 EX-AI.

Kesemua produk terbaru Canon ini hadir dengan kualiti gambar yang baik selain pegunaan yang lebih menyeluruh dan pada masa yang sama pada harga yang lebih munasabah.

Canon EOS M50 merupakan kamera Canon pertama dengan pemproses gambar DIGIC 8  yang menyokong pengambilan video 4K.

Kamera Canon ini juga hadir dengan skrin sesentuh LCD 3.0 yang boleh diputar mengikut kehendak pengambilan gambar seperti selfie potrait, landskap dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi kamera EOS M50 :

Sensor gambar : Sensor APS-C CMOS 24.1MP 

Pemproses : DIGIC 8

Kelajuan ISO : 100-25,600 ( boleh di tingkatkan sehingga 51,200)

Kualiti video : 4K 

WiFi/NFC/ Bluetooth : disertakan

EOS M50- RM 2,799 (chasis utama sahaja)

EOS M50 (EF-M 15-45mm) – RM 3,199

EOS M50 (EFM 15-45mm + EF-M 55-200mm) – RM 4299

Bercakap mengenai EOS 1500D dan EOS3000D, ianya adalah kamera yang disasarkan pada golongan yang mempunyai minat mendalam terhadap fotografi dan mencuba sesuatu yang lebih dari pengambilan gambar melalui telefon pintar.

Ianya hadir dengan pemproses gambar DIGIC 4+ dan sensor kamera APA-C CMOS 24.1MP dan 18.0MP yang mempunyai ISO dari 100 sehingga 6400.

Kedua-dua kamera ini juga turut menyokong rakaman video 1080p, sokongan NFC( model EOS 1500D sahaja ), WiFi dan kebolehan untuk menggunakan kamera melalui telefon pintar dengan memuat turun aplikasi Canon Camera Connect.

EOS 1500D (EFS 18-55 IS II) – RM 2,349

EOS 3000D (EFS 18-55 IS III) – RM 1,799

Bercakap mengenai Speedlite 470EX-AI pula ianya adalah flash pertama didunia untuk hadir dengan teknologi auto-intelligence bounce.

Flash ini mempunyai kawasan liputan 14mm sehingga 105mm

EOS M50, EOS 1500D dan EOS 3000D kini sudah mula ditawarkan oleh semua wakil penjual Canon, stor Canon Image Square dan secara atas talian di stor rasmi Canon Malaysia di Lazada.

Flash Speelite 470EX-AI pula hanya akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada penghujung bulan Mei namun harga penjualan masih belum diumumkan.

berikut adalah spesifikasi produk yang dilancarkan oleh Canon

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.