Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan didalam edisi Product Red

Apple secara rasminya telah mengumumkan edisi khas iPhone didalam warna merah atau Product Red bagi Apple iPhone 8 dan Apple iPhone 8 Plus.

Kedua-dua model ini akan hadir dengan panel belakang gelas berwarna merah, rangka berwarna merah dan panel gelas hadapan didalam warna hitam.

Ini merupakan kali pertama Apple menggunakan panel gelas berwarna hitam pada bahagian hadapan yang merupakan antara kekurangan pada edisi Product Red sebelum ini ( panel berwarna putih digunakan pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus edisi Product Red).

Jika anda tertunggu-tunggu iPhone X didalam warna merah, berita buruk bagi anda kerana Apple tidak melancarkanya didalam versi ini namun Apple mengumumkan perkakas kulit Leather Folio didalam warna merah.

Pelancaran edisi Product Red adalah untuk mengumpul dana global yang melawan penyakit HIV/AIDS dan Apple mendakwa telah menderma sebanyak $160 juta bagi dana ini melalui penjualan iPhone Product Red.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus didalam warna merah Product Red ini akan mula ditawarkan pada 13 April manakala perkakas Leather Folio bagi iPhone X pula akan mula ditawarkan pada 10 April.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.