• Home »
  • Apple »
  • Penjualan Gudang Brightstar akan menyaksikan iPhone ditawarkan pada harga serendah RM 849

Penjualan Gudang Brightstar akan menyaksikan iPhone ditawarkan pada harga serendah RM 849

Pengedar telefon pintar terkemuka Brightstar Malaysia akan mengadakan penjualan gudang pada 13 hingga 15 April ini.

Penjualan gudang Brightstar akan menyaksikan penawaran banyak jenama seperti Apple , Samsung, Huawei dan banyak lagi.

Antara model utama yang ditawarkan adalah Apple iPhone X 64GB pada harga RM 4,428, Samsung Galaxy S8 pada harga RM 2,899, Samsung Galaxy Note8 pada harga RM 3,569 dan Huawei Mate 10 pada harga RM 1,910.

Selain itu, para pengunjung juga boleh memiliki Apple iPhone SE pada harga RM 849 selain aksesori telefon pintar pada harga serendah RM 1

Seperti mana-mana penjualan gudang, stok bagi kesemua model yang ditawarkan adalah terhad.

Kami berharap penjualan gudang Brightstar ini adalah lebih sistematik dan teratur tanpa sebarang kejadian tidak dingini seperti yang berlaku ketika penjualan gudang Switch yang menyaksikan lebih 15,000 orang hadir untuk memiliki peranti Apple.

berikut adalah senarai penuh model-model yang akan ditawarkan di penjualan gudang Brightstar Malaysia

Comments

comments

Share