Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 5 akan dilancarkan di Malaysia bulan ini dengan harga sekitar RM 700

Xiaomi Redmi Note 5 yang dilancarkan ke pasaran China bulan lalu kini semakin hampir untuk dilancarkan ke pasaran Malaysia,

Telefon pintar ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM dan ini memberikan kita bukti bahawa Redmi Note 5 akan dilancarkan di Malaysia lewat bulan ini.

Xiaomi Redmi Note 5 hadir dengan skrin paparan IPS LCD Fullview FHD+ berukuran 5.5-inci dengan resolusi 2160 x 1080, pemproses Qualcomm Snapdragon 636, tiga kapasiti RAM iaitu 3GB, 4GB dan 6GB RAM yang dipadankan dengan 32GB atau 64GB memori simpanan dalaman dan tidak bateri berkapasiti 4,000mAh.

Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan kamera dwi-lensa 12MP dengan aperture f/1.9 dan sensor lebar 1.4μm selain teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera kedua dibahagian belakang adalah unit 5MP.

Pada bahagian hadapan pula, Redmi Note 5 hadir dengan kamera selfie 13MP yang berlatar belakangkan AI untuk fungsi seperti mod potrait, mod kecantikan dan teknologi ‘face unlock’ yang ditambahbaik dengan AI.

Xiaomi Redmi Note 5 ini juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 dengan port pengecasan micro USB.

Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan Android 8.0 Oreo yang disertakan dengan OS MIUI 9 selain sokongan Project Treble.

Akhir sekali, Redmi Note 5 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu hitam, biru, emas dan emas ros.

Harga penjualan Xiaomi Redmi Note 5 bagi pasaran Malaysia belum diumumkan namun harga penjualan di China adalah seperti berikut.

Redmi Note 5 3GB/32GB – CNY 1,099 (RM 680)

Redmi Note 5 4GB/64GB – CNY 1,399 (RM 865)

Redmi Note 5 6GB/64GB – CNY 1,699 (RM 1,051)

Pengguna di Malaysia sudah pastinya berharap Xiaomi akan mengekalkan harga penjualan yang lebih kurang sama seperti di pasaran China.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.