Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 6 disahkan akan memiliki 8GB RAM dan 256GB memori dalaman

OnePlus sebelum ini telah mengesahkan bahawa OnePlus 6 akan hadir dengan skrin paparan ‘Notch’ dan kini syarikat ini telah mengesahkan bahawa ianya akan hadir dengan 8GB RAM dan 256GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, OnePlus juga mengesahkan generasi ke-6 telefon pintar OnePlus ini akan turut hadir dengan pemproses Snapdragon 845 daripada Qualcomm.

Selain itu, OnePlus juga memberikan kita pengesahan bahawa OnePlus 6 akan hadir teknologi  FSE yang bermaksud Fast Stable Efficient.

Ini bermaksud OnePlus 6 akan menawarkan pengalaman pengunaan yang sangat lancar, stabil dan pada masa yang konsisten dengan prestasi yang ditawarkan.

OnePlus 6 hanya akan dilancarkan pada suku kedua 2018 namun tindakan syarikat ini mengeluarkan kesemua spesifikasi telefon pintar ini mungkin akan membuang elemen keunikan telefon pintar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.