• Home »
  • Huawei »
  • Huawei P20 dan P20 Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,599

Huawei P20 dan P20 Pro kini di Malaysia dengan harga dari RM 2,599

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang dilancarkan secara rasmi minggu lalu kini telah diperkenalkan secara rasmi ke pasaran Malaysia dengan penjualan rasmi bakal bermula pada 6 April ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Siri P Huawei akan membawakan teknologi kamera yang baru dan tahun ini menyaksikan Huawei P20 Pro menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan tri-kamera Leica.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas yang dipadankan dengan rangka besi.

Bercakap mengenai skrin paparan yang dimiliki oleh Huawei P20 dan P20 Pro, ianya adalah skrin RGWB LCD Huawei Fullview berukuran 5.8-inci dan panel OLED berukuran 6.1-inci dengan nisbah 18:7:9.

Huawei P20 akan hadir pemproses Kirin 970 dengan teknologi pemprosesan AI melalui NPU dan didalam kapasiti 4GB RAM + 64GB memori simpanan dalaman manakala Huawei P20 Pro hadir dengan pemproses yang sama namun dengan kapasiti 6GB RAM + 128GB memori dalaman.

Huawei P20 akan hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan ketebalan peranti 7.65mm manakala P20 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan ketebalan 7.8mm.

Kedua-dua model ini akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas Huawei Super Charge yang didakwa 50% lebih pantas berbanding pengecasan pantas yang ditawarkan pada Samsung Galaxy S9.

Kamera

Huawei P20 akan hadir dengan kamera utama Leica generasi ke-3 iaitu unit kamera 12MP f/1.8 dan unit monokrom 20MP f/1.6.

Bercakap mengenai kamera Huawei P20 Pro pula, ianya hadir dengan kamera monokrom 20MP dengan aperture f/1.6, kamera sensor RGB 40MP dan satu lagi kamera telefoto 8MP.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro juga hadir dengan antara kamera selfie terbaik dipasaran iaitu unit kamera 24MP.

Sensor RGB 40MP yang dimiliki oleh Huawei P20 Pro adalah satu sensor yang hadir untuk merevolusikan industri telefon pintar.

Antara ciri kamera Huawei P20 Pro ini adalah

– Sensor ini adalah 95% lebih piksel berbanding kamera DSLR di pasaran.

– Piksel RGB 1.55um yang mana ianya 61% lebih besar dari iPhone X yang sudah pastinya memberikan hasil gambar yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah

– memiliki ISO tertinggi di pasaran

– Piksel RGB 1.55um yang mana ianya 61% lebih besar dari iPhone X yang sudah pastinya memberikan hasil  gambar yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah

– Pengambilan gambar mod night shot menggunakan tangan tanpa memerlukan tripod. ( AI akan membuang gambar yang kabur)

– Gambar ultrasnap shoot 0.3saat

– Video gerak perlahan ‘super slow motion’ 960fps pada resolusi 720p.

– lebih 500+ tetapan gambar bagi 19 kategori

Telefon pintar pertama didunia dengan tri-kamera Leica juga mendapat pengiktirafan sebagai telefon pintar pertama dengan lensa zoom Leica pertama didunia iaitu 2x zoom optik dan 5x zoom hibrid selain 10 x zoom digital.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro telah mendapat mata tertinggi didalam ujian fotografi Dxo Mark dengan markah keseluruhan 102 bagi P20 dan 109 bagi P20 Pro.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro juga hadir dengan sensor capjari 360 darjahdi bahagian hadapa , Huawei Share,  sokongan dwi-SIM, Huawei Phone Clone, Huawei Health dan mod PC Huawei.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro hadir didalam 4 pilihan warna iaitu hitam, emas, biru dan twillight ( akan memasuki pasaran tifak lama lagi)  dengan harga penjualan RM 2,599 dan RM 3,299.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro akan turut ditawarkan melalui Maxis, Digi, Celcom dan Senheng.

Huawei akan mengadakan roadshow khas siri Huawei P20 dan Huawei P20 Pro di Sunway Pyramid dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang mulai 6 April sehingga 8 April 2018 ( di Sunway Carnival Mall sehingga 9 April).

Bakal pembeli di roadshow ini akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 999 dan maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh anda ketahui di sini

 

Huawei P20

Huawei P20 Pro

Comments

comments

Share