Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note8 mula menerima Android 8.0 Oreo

Telefon pintar Samsung Galaxy Note8 kini telah disahkan mula menerima kemaskini Android 8.0 Oreo dan ianya adalah kemaksini rasmi untuk pemilik Galaxy Note8 di Malaysia.

Samsung Galaxy Note8 yang dilancarkan penghujung tahun lalu hadir dengan Android Nougat dan penawaran kemaskini Android Oreo dengan Samsung Experience 9.0 sudah pastinya telah lama di tunggu oleh peminat.

Kemaskini sistem operasi yang baru ini mempunyai saiz 1.47GB dan kami menasihati anda melakukan backup terlebih dahulu sebelum memulakan proses kemaskini.

Selain Samsung Experience 9.0, kemaskini ini turut membawakan termasuk kemaksini keselamatan bulanan Google bagi bulan Mac 2018.

Anda boleh menyemak samada kemaskini ini sudan ke peranti Note8 anda di bahagian tetapan.

Comments

comments