Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan Huawei P20 dan P20 didedahkan, dari RM 2599

Harga penjualan Huawei P20 dan P20 didedahkan, dari RM 2599 1

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang dilancarkan minggu lalu telah disahkan akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 6 April ini dengan roadshow khas yang membolehkan bakal pembeli menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM 999.

Huawei Mobile Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat harga bagi kedua-dua telefon pintar namun kini ianya telah diketahui melalui satu wakil penjual yang telah mula menerima tempahan bagi kedua-dua peranti ini di Lazada Malaysia.

Harga penjualan Huawei P20 dan P20 didedahkan, dari RM 2599 2

Harga penjualan Huawei P20 dan P20 didedahkan, dari RM 2599 3

Huawei P20 hadir dengan harga penjualan RM 2,599 iaitu bagi versi 4GB RAM + 128GB memori simpanan dalaman manakala Huawei P20 Pro pula hadir dengan harga penjualan RM 3,299 iaitu bagi kapasiti 6GB RAM + 128GB.

Harga penjualan ini boleh dilihat sebagai munasabah khususnya dengan dengan spesifikasi yang dimiliki oleh kedua-dua model Huawei P20 ini.

Harga penjualan Huawei P20 dan P20 didedahkan, dari RM 2599 4 Harga penjualan Huawei P20 dan P20 didedahkan, dari RM 2599 5

Apa pun pelancaran rasmi tempatan akan berlangsung esok dan kami akan berada disana untuk membawakan anda maklumat rasmi mengenai harga dan tarikh penjualan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro di Malaysia.

Maklumat penuh spesifikasi Huawei P20 dan Huawei P20 Pro boleh anda baca di sini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.