Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi melancarkan pengecas tanpa wayar Qi pada harga RM 60 sahaja

Mi Mix 2s yang dilancarkan semalam merupakan telefon pintar pertama Xiaomi untuk hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar dan untuk memenuhi permintaan ini, Xiaomi telah mengumumkan satu pad pengecasan tanpa wayar Qi.

Apa yang mencuri tumpuan adalah , pad pengecasan ini hadir dengan harga penjualan CMY 99 sahaja dan sebagai perbandingan ianya ditawarkan hampir 1/3 daripada harga pad pengecasan tanpa wayar Samsung.

Walaupun hanya menawarkan output pengecasan 7.5W, pad pengecasan ini dijangka memenuhi kapasiti penuh bateri Mi Mix 2s didalam masa 3 jam.

Buat masa ini Xiaomi tidak mengumumkan sebarang maklumat samada pengecasan tanpa wayar Qi ini akan ditawarkan di pasaran antarabangsa termasuk di Malaysia.

Sambutan bagi pad pengecasan ini sudah pastinya kerana harga penjualan yang berpatutan selain sokongan bagi hampir kesemua model yang menyokong pengecasan tanpa wayar Qi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.