Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Porsche Design Mate RS dilancarkan secara rasmi

Jika pelancaran Huawei P20 dan Huawei P20 Pro hanya menjadi formaliti yang telah ketahui umum, pelancaran lagi satu telefon pintar Huawei dengan Porsche Design sudah pastinya mengejutkan ramai pihak.

Huawei Porsche Design Mate RS telah dilancarkan secara rasmi dan ianya adalah model P20 Pro yang ditambah baik dan tiada kena mengena dengan model siri Mate ( walaupun nama model ini adalah Mate RS).

Huawei Porsche Design Mate RS hadir dengan skrin paparan melengkung AMOLED QHD berukuran 6.0-inci dengan nisbah skrin 18:9 namun tanpa takukan pada skrin dan lebih menarik ialah, Mate RS menjadi telefon pintar kedua didunia untuk hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin – Vivo X20 Plus UD merupakan model yang pertama

Anda hanya perlu menyentuh pada skrin untuk mengaktifkan telefon pintar dan terdapat juga sensor capjari fizikal dibahagian belakang.

Huawei Mate RS hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan gelas dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan merah namun warna merah hanya ekslusif untuk pasaran China.

Huawei Mate RS hadir dengan tetapan tri-kamera yang ditawarkan pada P20 Pro namun kini diletakkan dibahagian tengah dan ianya adalah sensor 40MP + 8MP + 20MP yang menawarkan 5x zoom hibrid, video gerak perlahan 960fps, ISO tertinggi dan ciri AI fotografi.

Kirin 970 sekali lagi mendapat kepercayaan khusunya bagi tujuan AI dan dipadankan dengan 6GB RAM selain dua kapasiti memori dalaman iaitu 256GB dan 512GB.

Selain itu, Mate RS juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge, pembesa suara stereo, kamera selfie 24MP dan pengecasan tanpa wayar.

Seperti model Porsche Design sebelum ini, harga penjualan Mate RS sudah pastinya sesuatu yang premium diantara yang premium dan ianya hampir dua kali ganda lebih mahal berbanding P20 Pro.

Berikut adalah harga Huawei Porsche Design Mate RS mengikut kapasiti :

Huawei PD Mate RS 6GB/256GB – €1,695 (RM 8,195)
Huawei PD Mate RS 6GB/512GB – €2,095 (RM 10,129).

Penjualan Huawei PD Mate RS akan bermula pada 12 April 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.