Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan 1

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro telah dilancarkan secara rasmi malam tadi dan pelancaran di pasaran Malaysia kini telah disahkan akan berlangsung minggu hadapan.

Pelancaran ini akan berlangsung pada 3 April 2018 dan ketika majlis pelancaran tersebut, maklumat mengenai maklumat harga dan pra-tempahan dijangka akan diumumkan.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan 2

Huawei P20

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro adalah telefon pintar yang merevolusikan fotografi pada telefon pintar khususnya model P20 Pro yang memiliki teknologi tri-kamera Leica 40MP + 20MP + 8MP.

Huawei P20 akan ditawarkan didalam 4 warna dengan kapasiti 4GB RAM + 128GB ROM manakala Huawei P20 Pro akan ditawarkan didalam kapasiti 6GB RAM + 128GB ROM.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan 3

Huawei P20 Pro

Maklumat spesifikasi dan ciri-ciri Huawei P20 dan Huawei P20 Pro boleh anda baca di sini.

Huawei Mobile Malaysia juga dijangka akan memberikan kita maklumat mengenai Huawei Mate RS yang turut dilancarkan bersama Huawei P20 dan Huawei P20 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.