Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact kini di Malaysia

Sony Mobile Malaysia secara rasminya telah telefon pintar utama Sony yang dilancarkan di MWC baru-baru ini iaitu Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact.

Sony Xperia XZ2

Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact akan hadir dengan reka bentuk skrin 18:9 dengan saiz skrin 5.7-inci dan 5.0-inci iaitu pada resolusi FHD+ dengan sokongan Sony BRAVIA dan X-Reality dan tidak lupa pembesar suara stereo yang dikatakan paling lantang pernah ditawarkan pada peranti Xperia.

Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 akan hadir dengan teknologi kamera yang sama iaitu unit kamera 19MP dengan teknologi MotionEye yang menyokong rakaman video 4K, video gerak perlahan pada kadar 960fps (resolusi 1080p) dan 3D Creator yang turut boleh dilakukan menggunakan kamera selfie.

Kamera selfie yang ditawarkan pada model ini adalah unit 5MP.

Sony Xperia XZ2 Compact

Selain itu, Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, pensijilan kali air IP68 dan sokongan pengecasan pantas Quick Charging 3.0( USB Type-C) bagi bateri berkapasiti 3,180mAh( Xperia XZ2) dan 2,870mAh (Xperia XZ2 Compact).

Selain itu, Sony Xperia XZ2 juga mendapat beberapa ciri tambahan seperti sokongan pengecasan tanpa wayar Qi.

Sony Xperia XZ2 akan ditawarkan didalam 4 warna dengan harga penjualan RM 3299 manakala Xperia XZ2 Compact juga hadir didalam 4 warna dan ditawarkan pada harga RM 2,899.

Tempahan Xperia XZ2 akan mula dibuka pada 23 Mac 2018 sehingga 4 April 2018 melalui Sony Centres dan juga secara eksklusif melalui 11street.

Sony Xperia XZ2

Sony Xperia XZ2 Compact

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.