Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia menawarkan diskaun sehingga RM 200 bagi telefon pintar mereka

Nokia Mobile Malaysia kini telah mengumumkan satu promosi khas yang menyaksikan kesemua model telefon pintar Android Nokia yang ditawarkan di Malaysia mendapat potongan harga sehingga RM 200.

Kesemua model Nokia ini akan mendapat diskaun mulai hari ini sehingga penghujung bulan ini atau pada 31 Mac.

Selain itu bagi mereka yang Nokia membeli Nokia 6 atau Nokia 8, anda akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 200.

Berikut adalah harga bagi model telefon pintar Nokia yang baru ( sehingga 31 Mac 2018).

Nokia 2 – RM399 (diskaun RM 30)
Nokia 3 – RM499 (diskaun RM 100)
Nokia 5 – RM699 (diskaun RM 100)
Nokia 6 – RM899 (diskaun RM 100)
Nokia 8 – RM1,988 (diskaun RM 100)

selain itu, bercakap mengenai perkembangan terkini Nokia, syarikat yang dimiliki HMD Global telah melancarkan beberapa model baru di MWC 2018 baru-baru ini antaranya adalah Nokia 7 Plus dan Nokia 8 Sirocco

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.