Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V9 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini

Vivo V9 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini 1

Vivo V9 nampaknya akan dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia minggu hadapan dan kini tempahan bagi telefon pintar ini telah dibuka oleh DirectD.

Dengan membuat tempahan bagi Vivo V9 ini, anda juga akan menikmati jaminan waranti rasmi tambahan selama 6 bulan dan juga tiket percuma untuk menonton konsert OneRepublic di Malaysia.

Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu mengunjungi mana-mana cawangan DirectD atau tempah secara online dengan membayar deposit sebanyak RM 100.

Selain itu, jaminan waranti tambahan dan tiket konsert OneRepublic percuma adalah terhad kepada 50 pembeli pertama sahaja.

Vivo V9 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini 2

Bercakap mengenai speifikasi, Vivo V9 hadir dengan skrin paparan Fullview FHD+ berukurqn 6.3-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Vivo V9 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini 3

Fokus utama telefon pintar Vivo V9 ini adalah untuk menawarkan teknologi selfie yang baik dan buktinya adalah dengan penawaran sensor kamera 24MP yang turut mempunyai sokongan pencantikan yang dikenali sebagai AI Beautification.

Vivo V9 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini 4

Kamera belakang Vivo V9 adalah sensor dwi-kamera 16MP + 5MP.

Vivo V9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,260mAh dan Android 8.1 Oreo

Vivo V9 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini 5

Vivo V9 akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mac ini dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.