• Home »
  • Asus »
  • Asus ZenFone 3 Deluxe, Laser dan Zoom akan menerima kemaskini Android Oreo bulan ini

Asus ZenFone 3 Deluxe, Laser dan Zoom akan menerima kemaskini Android Oreo bulan ini

Walaupun sibuk dengan pelancaran Siri Asus ZenFone 5 di Mobile World Congress beberapa minggu lalu, Asus dilihat masih komited untuk memberikan kemaskini sistem operasi yang terkini kepada pengguna model telefon pintar yang lama.

Asus Malaysia kini telah mengumumkan bahawa kemaskini Android 8.0 Oreo akan mula ditawarkan kepada tiga model Asus ZenFone 3 iaitu ZenFone 3 Deluxe, ZenFone 3 Zoom dan ZenFone 3 Laser.

Asus ZenFone 3 Deluxe akan menjadi telefon pintar pertama yang menerima Android Oreo iaitu sekitar pertengahan bulan Mac 2018 manakala ZenFone 3 Laser dan ZenFone 3 Zoom pula akan ditawarkan mulai penghujung bulan Mac.

Kemaskini Android Oreo bagi ketiga-tiga peranti ini akan tiba secara OTA ‘over the air’ didalam masa terdekat.

Selain daripada tiga model ini, Asus dijangka akan menawarkan kemaskini Android Oreo kepada model lain namun senarai penuh masih belum dapat dikeluarkan.

Comments

comments

Share