Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9 Lite akan ditawarkan pada harga istimewa RM 699 pada 14 Mac ini

Honor 9 Lite akan ditawarkan pada harga istimewa RM 699 pada 14 Mac ini 1

Honor 9 Lite yang dilancarkan minggu lalu telah mula ditawarkan secara ekslusif melalui Shopee pada 9 Mac yang lalu dan pada hari itu, ianya ditawarkan pada harga istimewa RM 699 berbanding harga penjualan asal RM 749.

Penjualan kilat pada waktu pagi telah menyaksikan sebanyak 500 unit Honor 9 Lite habis dijual didalam masa 5 minit sahaja.

Honor Malaysia kini telah mengumumkan satu lagi penjualan kilat yang akan menyaksikan Honor 9 Lite ini ditawarkan pada harga RM 699 dan ianya akan berlangsung melalui stor rasmi Honor Malaysia di Shopee Malaysia dan melalui Vmall Malaysia pada 14 Mac ini tepat pada pukul 9 pagi.

Bagi anda yang masih belum mengetahui maklumat spesifikasi Honor 9 Lite ini, anda boleh membaca laporan majlis pelancaran Honor 9 Lite.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.