Xiaomi Mi Mix 2S akan dilancarkan secara rasmi 27 Mac ini

Xiaomi secara rasminya akan melancarkan model Mi Mix 2S pada bulan ini dan kini ianya telah disahkan akan dilancarkan di Shanghai pada 27 Mac ini.

Laporan terbaru ini hadir melalui teaser rasmi yang dimuat turun melalui akaun weibo rasmi Xiaomi yang turut memberikan kita gambaran profil telefon pintar ini.

Xiaomi Mi Mix 2S adalah generasi Mi Mix 2 yang ditambah baik dan ianya akan dengan skrin paparan berukuran 5.99-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 845, kapasiti RAM sehingga 8GB dengan memori simpanan dalaman sehingga 256GB.

Apa yang menarik dan mencuri tumpuan adalah, Xiaomi Mi Mix 2S adalah posisi kamera belakang seperti ala Apple iPhone X.

Comments

comments

Share