Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 Lite dilancarkan secara rasmi di Filipina

Teka teki telefon pintar Huawei nampaknya telah di selesaikan didalam masa kurang sehari sahaja.

Awal hari ini kami telah menerima jemputan media ke majlis pelancaran Huawei Nova 2 Lite pada 15 Mac ini dan kini telefon pintar ini telah diumumkan secara rasmi ke pasaran Filipina.

Huawei Nova 2 Lite hadir dengan reka bentuk berasaskan rangka polikarbonat yang mempunyai kemasan berkilau ataupun didalam kemasan matte dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci sebagai tarikan utama.

Sedikit pelik, Huawei memutuskan untuk menggunakan pemproses dari Qualcomm iaitu Snapdragon 430 dan bukanya pemproses Kirin.

Selain itu, Nova 2 Lite juga memiliki 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Beralih kepada bahagian kamera, Huawei Nova 2 Lite hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP+2MP pada bahagian belakang yang mempunyai fungsi kesan bokeh dan turut mempunyai pemfokusan PDAF dan flash led.

Bercakap mengenai fotografi selfie pula, Huawei Nova 2 Lite akan memiliki kamera 8MP dengan aperture f/2.0 yang turut memiliki teknologi lampu flash “Smart Selfie Toning Flash” yang mengubah cahaya flash untuk gambar selfie yang lebih semulajadi.

Selain itu, Huawei Nova 2 Lite juga memiliki sensor capjari, sokongan 4G LTE, teknologi pembukaan melalui wajah, EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan sokongan dwi-SIM.

Huawei Nova 2 Lite akan ditawarkan pada harga PHP 11,990 (sekitar RM 900) di Filipina didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan biru.

Sumber gambar : Gadget Match

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.