Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 Lite akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Mac ini

Semalam Huawei telah mengeluarkan satu teaser yang mengatakan bahawa satu lagi telefon pintar Huawei Nova akan diperkenalkan di pasaran Malaysia.

Huawei Mobile Malaysia kini telah mengesahkan bahawa telefon pintar misteri itu akan dikenali sebagai Huawei Nova 2 Lite dan ianya akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Mac ini.

Seperti Nova 2i, model baru Huawei Nova 2 Lite yang masih belum mempunyai nama rasmi dijangka akan hadir dengan teknologi dwi-kamera HD selain lampu flash mengikut keadaan persekitaran.

Selain itu, telefon pintar Huawei Nova 2 Lite yang baru ini akan turut mempunyai satu unit kamera dihadapan, dua unit kamera dibelakang, MIUI 8.0 dan teknologi skrin FullView ( spesifikasi hampir sama seperti Honor 9 Lite yang baru dilancarkan hari ini)

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini di http://consumer.HUAWEI.com ataupun di laman Facebook

Comments

comments