Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 2 dengan ketahanan bateri selama 2 hari kini ditawarkan di Malaysia

 

HMD Global telah melancarkan beberapa telefon pintar terbaru Nokia di sidang Mobile World Congress minggu lalu dan syarikat yang menghidupkan semula jenama lagenda Nokia hari ini mengumumkan penawaran Nokia 2 ke pasaran tempatan.

Nokia 2 adalah telefon pintar yang hadir dengan jangka hayat bateri sehingga 2 hari yang dilihat salah satu ciri penting bagi pengguna di Malaysia.

Nokia 2 mampu menawarkan jangka hayat bateri sehingga dua hari adalah kerana pengunaan cip pemprosesan efisen daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 212 yang disertakan dengan 1GB RAM dan 8GB memori simpanan dalaman ( sokongan slot microSD sehingga 128GB).

Selain itu, Nokia 2 yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5.0-inci, kamera utama 8MP dengan pemfokusan auto dan flash LED, kamera selfie 5MP dan sokongan dwi-SIM.

Selain itu, Nokia 2 juga mempunyai sokongan LTE Cat.4, Android Nougat, Bluetooth 4.1 dan WiFi 802.11 b/g/n.

Nokia 2 ini hadir dengan harga penjualan RM 439 ( Lazada menawarkanya pada harga RM 399 sahaja) dan ditawarkan didalam warna hitam, putih dan tembaga

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.