Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei bakal melancarkan satu lagi telefon pintar siri Nova dengan dwi-kamera

Susulan kejayaan luar biasa Huawei Nova 2i, syarikat pengeluar telefon pintar no.2 Malaysia, Huawei telah mengesahkan akan mengeluarkan satu lagi model terbaru didalam siri Nova tidak lama lagi.

Seperti Nova 2i, model baru Huawei Nova yang masih belum mempunyai nama rasmi dijangka akan hadir dengan teknologi dwi-kamera HD selain lampu flash mengikut keadaan persekitaran.

Selain itu, telefon pintar Nova yang baru ini akan  mempunyai satu unit kamera dihadapan, dua unit kamera dibelakang, MIUI 8.0 dan teknologi skrin FullView.

Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat akan bila telefon pintar terbaru siri Nova ini akan dilancarkan namun anda boleh mengikuti perkembangan terkini di http://consumer.HUAWEI.com ataupun di laman Facebook Huawei Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.