Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 5 Lite turut dilancarkan dengan 4 kamera

Selain Pelancaran Asus ZenFone 5 dan ZenFone 5z, Asus turut melancarkan satu lagi model didalam siri Asus ZenFone iaitu ZenFone 5 Lite.

Asus ZenFone 5 Lite akan hadir dengan skrin paparan Full View 18:9 berukuran 6.0-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 630, kapasiti RAM sehingga 4GB , kapasiti ROM sehingga 64GB dan bateri berkapasiti 3,300mAh.

Antara tarikan utama Asus ZenFone 5 Lite adalah teknologi dwi-kamera dibahagian hadapan dan belakang.
Pada bahagian belakang, Asus ZenFone 5 Lite memiliki kamera utama 16MP yang disertakan dengan satu lagi kamera lensa lebar 120 darjah.

kamera selfie Asus ZenFone 5 Lite pula adalah unit kamera 20MP yang dibekalkan oleh Sony ( sensor IMX376) dengan aperture f/2.0 dan kamera lensa lebar 120 darjah selain lampu flash lembut.

Asus ZenFone 5 Lite juga mempunyai teknologi face unlock, sensor capjari, NFC, tiga slot SIM ( menyokong dua SIM dan satu kad microSD) dan ZenUI 5.0 berasaskan Android Oreo.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.