Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus secara rasminya melancarkan ZenFone 5 dan ZenFone 5z

Asus secara rasminya telah melancarkan siri ZenFone 5 di Mobile World Congress dan sebanyak dua model telah diperkenalkan iaitu Asus ZenFone 5 dan Asus ZenFone 5z.

Kedua-dua model atasan Asus ZenFone 5 ini mempunyai reka bentuk yang sama ala ‘iPhone X’ dengan gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.

Asus ZenFone 5 dan Asus ZenFone 5z juga telefon pintar terbaru untuk memiliki sokongan AI seperti AI Boost ( untuk permainan video), AI Photography, AI Display dan AI Ringtone serta tidak lupa juga ZeniMoji – avatar seperti Apple Animoji yang turut boleh digunakan pada panggilan video dan siaran langsung.

Asus ZenFone 5 dan ZenFone 5z hadir dengan skrin paparan Super IPS berukuran 6.2-inci ( 2246 x 1080) dengan nisbah 19:9 selain lekukan seperti pada iPhone X namun pada skala yang lebih kecil.

Asus ZenFone 5 hadir dengan nisbah skrin kepada badan yang menggagumkan iaitu 90%.

Beralih kepada pemroses yang digunakan, Asus ZenFone 5 hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 manakala ZenFone 5z memiliki pemproses Snapdragon 845.

Bercakap mengenai RAM dan memori dalaman, Asus ZenFone 5 hadir didalam dua kapasiti RAM iaitu 4GB ataupun 6GB dengan satu kapasiti memori dalaman iaitu 64GB.

ZenFone 5z pula hadir dengan konfigurasi RAM dan memori dalaman yang berlainan iaitu 6GB/64GB, 8GB/128GB dan 8GB/256GB.

Bercakap mengenai kamera, Siri ZenFone 5 ini hadir dengan dwi-kamera dengan kamera utama adalah unit 12MP yang dibekalkan oleh Sony (IM363) dengan aperture f/1.8, OIS, Dual Pixel PDAF dan satu unit kamera kedua dengan lensa lebar 120 darjah ( resolusi tidak diketahui).

Selain itu, ZenFone 5 dan ZenFone 5z juga memiliki kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.0.

Lain-lain ciri yang dimiliki oleh Asus ZenFone 5 dan Asus ZenFone 5z adalah bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan AI), dwi-SIM, dua pembesar suara, earphone resolusi tinggi, Android Oreo dengan ZenUI 5.0.

Asus ZenFone 5z akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari €479 manakala harga penjualan Asus ZenFone 5 masih belum diumumkan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.