Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9 Lite tiba di Malaysia 6 Mac ini

Honor 9 Lite tiba di Malaysia 6 Mac ini 1

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Honor 9 Lite akan dilancarkan ke pasaran tempatan pada 6 Mac ini.

Honor 9 Lite akan dilancarkan secara eksklusif untuk pembelian melalui Shopee Malaysia sebelum ditawarkan oleh pengedar lain.

Bercakap mengenai spesifikasi, Honor 9 Lite hadir dengan skrin paparan FullView 18:9 berukuran 5.2-inci yang mempunyai resolusi FHD+ 1080 x 2160, pemproses Kirin 659, 3 atau 4GB RAM, bateri berkapasiti 3,000mAh dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Honor 9 Lite tiba di Malaysia 6 Mac ini 2

Honor 9 Lite juga akan menjadi satu lagi untuk hadir dengan 4 kamera iaitu dua dihadapan dan dua dibelakang iaitu sensor 13MP + 2MP yang disertakan dengan pemfokusan PDAF dan flash LED ( bagi kamera belakang).

Honor 9 Lite akan turut menyokong teknologi “face unlock, sensor capjari, slot microSD dan slot dwi-SIM.

Buat masa ini harga penjualan Honor 9 Lite masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.