Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apa yang anda perlu tahu mengenai Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+

Majlis pelancaran rasmi Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9 Plus akan berlangsung pada 26 Februari ini ( jam 1 pagi waktu Malaysia) dan segala maklumat mengenai telefon pintar ini telah kami peroleh untuk disajikan anda.

Samsung Galaxy S9 akan menjadi telefon pintar yang menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 di pasaran Amerika Syarikat manakala pasaran lain akan menerima pemproses Exynos 9810.

Seperti S8, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9 Plus akan hadir dengan skrin paparan Infinity Display, Sensor capjari dan kamera yang telah ditambah baik ( dwi-kamera pada Galaxy S9+).

Samsung Galaxy S9 dijangka akan hadir dengan skrin paparan Infinity Display AMOLED berukuran 5.8-inci dengan resolusi 2690 x 1440 manakala versi Plus akan hadir dengan panel skrin bersaiz 6.2-inci.

Samsung Galaxy S9 akan hadir dengan kamera 12MP yang mempunyai aperture berubah-ubah dari f/1.5-f/2.4 yang dikatakan sama seperti pada telefon pintar Samsung W2018.

Bercakap mengenai Galaxy S9+, ianya akan hadir dengan dua unit 12MP yang memiliki aperture f/2.4 yang sama seperti pada unit kamera yang disertakan pada Galaxy Note8.

Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9 Plus akan hadir dengan pemproses Snapdragon 845 berkelajuan 2.6GHz dan pemproses Samsung Exynos 9810 berkelajuan 2.9GHz.

Beralih kepada RAM pula, Galaxy S9 akan hadir dengan 4GB RAM manakala Galaxy S9 Plus akan memiliki 6GB RAM dan kedua-dua model akan hadir dengan 64GB memori simpanan dalaman dan tidak lupa juga slot microSD.

Lain-lain spesifikasi yang akan dimiliki oleh Galaxy S9 dan Galaxy S9 Plus adalah Bluetooth 5.0, pembesar suara stereo, USB-C dan bateri berkapasiti 3,000mAh/3,500mAh.

Selain daripada ini, kami berharap Samsung akan mengejutkan kita dengan pengumuman luar biasa mengenai telefon pintar ini.

anda boleh menonton majlis pelancaran rasmi Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9+ di sini

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.