Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 7 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April

Xiaomi sebelum ini pernah memberikan kenyataan bahawa Mi 7 dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 akan dilancarkan di Mobile World Congress bulan ini, namun menurut laporan terbaru, Xiaomi akan menunda pelancaran Mi 7 dan akan menggantikanya dengan pelancaran Mi Mix 2s.

Xiaomi Mi 7 kini dikatakan akan dilancarkan pada bulan April dengan kapasiti RAM mencecah 8GB manakala bateri 4,480mAh turut diperkatakan.

Lain-lain spesifikasi Xiaomi Mi 7 yang telah diketahui adalah skrin paparan FHD+ berukuran 5.6-inci, pemproses SD845, sensor dwi-kamera 16MP+16MP dan memori simpanan dalaman 128GB.

Selain itu, Xiaomi Mi 7 juga dijangka akan hadir dengan sistem operasi MIUI 9 ( mungkin berasaskan Android Oreo) yang telah mula ditawarkan kepada lebih 40 peranti Xiaomi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.