Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Asus ZenFone 4 Max Pro – Jangka hayat Bateri terbaik di pasaran

Pendahuluan

Asus adalah antara jenama telefon pintar yang mempunyai model telefon pintar yang memfokuskan kepada penawaran bateri yang baik dan tahun ini ianya mengeluarkan dua model dibawah siri ZenFone 4 iaitu ZenFone 4 Max dan ZenFone 4 Max Pro.

Bercakap mengenai telefon pintar Asus ZenFone 4 Max Pro yang bertuah untuk diulas oleh kami , ianya adalah telefon pintar yang mempunyai spesifikasi dalaman yang sama seperti model ZenFone 3 Max namun dengan kapasti bateri yang lebih besar.

Kami akan menjawab segala persoalan yang mungkin timbul bagi anda yang ingin membeli Asus ZenFone 4 Max Pro ini dan ini adalah ulasan komprehensif telefon pintar Asus ini.

Reka Bentuk

Asus telah berjaya menawarkan bateri berkapasiti 5,000mAh pada rangka yang hanya mempunyai ketebalan 8.5mm dan ini menyebabkan Asus ZenFone 4 Max Pro sebagai antara peranti yang terberat dipasaran dengan berat 181 gram.

Selain itu, Reka bentuk Asus ZenFone 4 Max Pro bukan lah sesuatu yang baru di pasaran iaitu pengunaan panel aluminium pada bahagian belakang selain panel plastik pada bahagian belakang atas dan bawah untuk tujuan penerimaan dan penghantaran isyarat komunikasi.

Pada bahagian hadapan, ZenFone 4 Max Pro mempunyai dua butang kapasitif selain satu butang ‘home’ yang turut mempunyai sebagai sensor capjari yang pantas dan berkualiti tinggi.

Lain-lain perkara biasa yang dimiliki telefon pintar seperti butang kuasa dan butang kelantangan bunyi diletakkan dibahagian sisi kanan manakala slot SIM mengambil tempatnya di sisi kiri peranti. Slot SIM yang dimiliki oleh Asus ZenFone.

Prestasi Dalaman

Asus ZenFone 4 Max Pro ini hadir dengan pemproses Snapdragon 430 daripada Qualcomm yang mana ianya terdiri daripada 8 teras Cortex-A53 yang berkelajuan 1.4GHz selain unit pemprosesan grafik (GPU) Adreno 505.

ZenFone 4 Max Pro juga memiliki 3GB RAM selain 32GB memori simpanan dalaman dan jika itu tidak mencukupi untuk anda, slot microSD khas yang menyokong tambahan memori sehingga 256GB turut disertakan.

Salah satu keburukan yang dimiliki oleh kebanyakkan peranti dengan pemproses Snapdragon siri 400 adalah, ianya lebih memfokuskan kepada pengunaan tenaga yang efisen berbanding prestasi pemprosesan yang multak dan Asus ZenFone 4 Max Pro ini tidak terkecuali.

Asus ZenFone 4 Max Pro dilihat terpaksa berkerja keras untuk melakukan tugas-tugas ‘ringan’ seperti pengunaan web, mahupun pembukaan aplikasi yang mengambil masa sedikit lama berbanding model Asus ZenFone 4 Selfie Pro yang juga telah kami uji sebelum ini.

Menyentuh mengenai skrin paparan Asus ZenFone 4 Max Pro ini, ianya adalah panel skrin IPS berukuran 5.5-inci namun resolusi adalah 720p dengan kepadatan piksel 267ppi.

Kamera

Asus ZenFone 4 Max Pro bukan lah peranti yang memfokuskan kepada fotografi, namun Asus harus dipuji kerana masih mampu menawarkan tetapan dwi-kamera pada telefon pintar raja bateri ini.

Asus ZenFone 4 Max Pro memiliki kamera belakang 16MP + 5MP yang mempunyai lensa lebar 120 darjah.


lebih menarik, kualiti gambar selfie juga diberikan kepentingan dan ZenFone 4 Max Pro juga hadir dengan kamera hadapan 16MP yang turut hadir lampu LED lembut.

secara peribadi gambar yang diambil melalui Asus ZenFone 4 Max Pro berada pada tahap yang rendah namun dengan pendedahan kepada cahaya yang baik, kualiti gambar dilihat boleh ditingkatkan.

Prestasi bateri

Asus ZenFone 4 Max Pro bukan calang-calang telefon pintar lain apabila dibandingkan dari segi bateri kerana telefon pintar ini hadir dengan kapasiti gergasi iaitu 5,000mAh yang mampu memberikan anda hampir 2 hari pengunaan tanpa perlu dicaj.

Asus juga menyertakan plak pengecasan pantas 10w yang membolehkan bateri gergasi ini dicaj didalam masa yang pantas namun ianya akan mengambil masa sekitar 3 jam untuk pengecasan penuh.

Pengoptimasian bateri juga turut dilakukan dengan kerjasama perisian Asus PowerMaster yang memerah lebih banyak kuasa bateri dari Asus ZenFone 4 Max Pro ini.

Bagi anda yang mempunyai lebih dari satu peranti, Asus ZenFone 4 Max Pro juga boleh digunakan sebagai powerbank dengan fungsi pengecasan terbalik.

Penutup

Asus ZenFone 4 Max Pro boleh diangkat sebagai telefon pintar No.1 didalam kategori jangka hayat bateri namun spesifikasi lain pada telefon pintar ini meletakkan ianya sebagai telefon pintar kelas pertengahan.

Dengan harga penjualan yang amat berpatutan iaitu hanya RM 899, Asus ZenFone 4 Max Pro adalah antara telefon pintar yang harus anda mempertimbangkan apabila anda ingin telefon pintar yang menawarkan jangka hayat bateri yang amat baik.

Beli Asus ZenFone 4 Max di Lazada sekarang dengan menekan pautan di sini

berikut adalah gambar-gambar yang diambil dengan menggunakan Asus ZenFone 4 Max Pro

 

Kamera Lensa lebar 120 darjah

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.