• Home »
  • Honor »
  • Huawei CNY Fansgiving membolehkan anda membeli Honor 7x pada harga RM998

Huawei CNY Fansgiving membolehkan anda membeli Honor 7x pada harga RM998

Tahun baru Cina adalah antara waktu yang paling sesuai untuk anda memiliki telefon pintar baru dan jika anda berhajat untuk membeli Honor 7x atau Honor 6A, ini adalah waktu terbaik kerana Honor akan menganjurkan penjualan CNY Fansgiving selama 4 hari mulai hari ini.

Melalui Honor CNY Fansgiving ini anda boleh memiliki telefon pintar Honor 7x pada harga istimewa RM 998 atau Honor 6A pada harga RM 666 sahaja.

Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 7x ke pasaran Malaysia pada bulan Disember yang lalu dan ianya yang merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan skrin paparan 18:9.

Honor 7x sebelum ini telah diperkenalkan di pasaran China pada bulan Oktober yang lalu dan kini mula memasuki pasaran antarabangsa.

Honor 7x hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 5.93-inci yang mempunyai resolusi HD+ 2160 * 1080 dengan kepadatan piksel mencecah 407ppi dan turut dilapisi gelas 2.5D.

Bercakap mengenai pemproses dalaman, Honor 7X ini hadir dengan pemproses Kirin 659 yang turut digunakan pada Nova 2i, 4GB RAM dan tiga pilihan ROM iaitu 32GB/64GB atau 128GB.

Honor 7x juga memiliki sensor capjari dibahagian belakang, Android 7.0 Nougat + EMUI 5.1. , bateri berkapasiti 3,340mAh, slot microSD, pengecasan melalui slot MicroUSB ( sesuatu yang sedikit mengecewakan kami) dan teknologi airbag pada keempat empat sisi telefon untuk perlindungan tambahan.

Honor 7x juga mempunyai tetapan dwi-kamera dibelakang iaitu unit kamera utama 16MP yang dipadankan dengan kamera 2MP. tugas selfie pada Honor 7x akan dipertanggungjawabkan kepada unit kamera 8MP.

Setiap pembelian Honor 7x atau Honor 6A akan turut menerima beg boleh lipat Honor secara percuma dan pembelian boleh dilakukan di vmall malaysia, Lazada Malaysia, 11street dan juga Shopee.

spesifikasi Honor 6A boleh anda ketahui di sini

Comments

comments

Share