Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus kini ditawarkan di Malaysia

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus ke pasaran Malaysia iaitu selepas memasuki pasaran China pada bulan Disember yang lalu.

Bercakap mengenai Xiaomi Redmi 5, ianya hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 5.7-inci iaitu dengan resolusi HD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 2GB/16GB dan 3GB/32GB ( hanya versi 3GB/32GB ditawarkan di Malaysia)

Selain itu, Xiaomi Redmi 5 juga hadir dengan kamera utama 12MP selain kamera selfie 5MP yang mana kedua-dua sensor ditemani dengan flash LED. Redmi 5 ini juga hadir dengan sensor capjari, bateri berkapasiti 3,300mAh dan MIUI 9 yang berasaskan Android 7.1.2 Nougat.

Beralih kepada Redmi 5 Plus pula, ianya memiliki skrin paparan Fullview 18:9 berukuran 5.99-inci dengan resolsui Full HD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB (hanya versi 3GB/32GB ditawarkan di Malaysia).

Selain itu, Redmi 5 Plus juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh namun spesifikasi lain seperti sensor kamera, sensor capjari dan versi Android adalah sama seperti Redmi 5.

Xiaomi Redmi 5 3GB/32GB : RM 679
Xiaomi Redmi 5 Plus 3GB/32GB : RM 749

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus kini boleh dibeli melalui stor fizikal Mi dan juga di stor atas talian rasmi Mi di Lazada.

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan emas.

Beli Xiaomi Redmi 5 di sini

Beli Xiaomi Redmi 5 Plus di sini

Comments

comments

Share