Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View 10 ‘Crush Red’ mula ditawarkan 8 Februari ini


Honor View 10 telah mula dijual di Malaysia sejak beberapa awal bulan lalu dengan harga penjualan RM 2,099 dan Honor Malaysia kini telah mengesahkan penawaran Honor View 10 didalam warna merah ‘Crush Red’ mulai 8 Februari ini.

Apa yang menarik adalah, Pasaran Malaysia merupakan pasaran pertama didunia untuk menerima warna merah ini

Bercakap mengenai Honor View 10 ini, ianya adalah model Honor V10 ( di pasaran China) dan ianya hadir dengan pemproses Kirin 970 dan skrin paparan yang turut digunakan pada Huawei Mate 10 Pro.

Honor View 10 ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci ( 1080 x 2160 piksel) dan 6GB RAM + 128GB ROM.

Bercakap mengenai kamera, Honor View 10 hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 16MP dan sensor hitam putih 20MP. Kamera ini mempunyai aperture f/1.8 namun tiada optik pengstabilan imej dan tidak lupa kamera selfie 13MP dengan aperture f/2.0.

Huawei View 10 juga memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh yang disertakan dengan plak pengecasan pantas 5V/4.5A s( Honor SuperCharge), EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan VoLTE .

Pembelian Honor View 10 Crush Red ini boleh dilakukan di vmfall.my mulai 8 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.