Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F5 Dashing Blue akan dibuka untuk tempahan pada 5 Februari ini

Oppo F5 Dashing Blue secara rasminya telah diumumkan telefon pintar edisi terhad ini akan dibuka untuk tempahan mulai 5 Februari ( 12 tengahari) sehingga 10 Februari 2018.

Oppo F5 edisi terhad ini akan ditawarkan didalam kapasiti 4GB RAM + 32GB ROM selain lain-lain spesifikasi yang sama seperti Oppo F5 iaitu skrin paparan FullView FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses Octa-Core, kamera selfie 20MP dengan AI Beauty Recognition, kamera utama 16MP dan teknologi ‘face unlock’.

Oppo F5 Dashing Blue ini dikeluarkan sempena hari valentines dan syarikat ini melakukan sesuatu yang unik kebiasaanya bagi hari valentines, pengeluar telefon pintar lebih suka memperkenalkan model telefon pintar didaalam warna merah ( Oppo F5 6GB sudah ditawarkan didalam warna merah).

Oppo F5 Dashing Blue ini dijangka akan ditawarkan pada harga RM 1,298 (harga tidak rasmi) dan tempahan boleh dilakukan di Stor Oppo Malaysia mulai 5 Februari 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.