Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View 10 akan ditawarkan didalam warna merah mulai bulan hadapan

Honor View 10 telah mula dijual di Malaysia sejak beberapa minggu dengan harga penjualan RM 2,099.

Minggu lalu Honor Malaysia telah mengumumkan hasil kerjasama dengan DJI yang menawarkan pengguna promosi pembelian dengan pembelian produk Honor atau DJi yang menarik.

Honor Malaysia kini mengumumkan bahawa Honor View akan ditawarkan didalam warna merah “crush red” mulai pertengahan bulan Februari 2018.

Apa yang menarik adalah, Pasaran Malaysia akan menjadi pasaran pertama didunia untuk menerima warna merah ini dan ianya dijangka akan ditawarkan pada harga yang sama seperti warna lain iaitu RM 2,099.

Bercakap mengenai Honor View 10 ini, ianya adalah model Honor V10 ( di pasaran China) dan ianya hadir dengan pemproses Kirin 970 dan skrin paparan yang turut digunakan pada Huawei Mate 10 Pro.

Honor View 10 ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci ( 1080 x 2160 piksel) dan 6GB RAM + 128GB ROM

Bercakap mengenai kamera, Honor View 10 hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 16MP dan sensor hitam putih 20MP. Kamera ini mempunyai aperture f/1.8 namun tiada optik pengstabilan imej dan tidak lupa kamera selfie 13MP dengan aperture f/2.0.

Huawei View 10 juga memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh yang disertakan dengan plak pengecasan pantas 5V/4.5A s( Honor SuperCharge), EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan VoLTE .

Honor View 10 sebelum ini ditawarkan didalam warna biru dan hitam sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.