Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Mavic Air kini dibuka untuk tempahan di Malaysia

Dron terbaru DJI iaitu Mavic Air yang diumumkan secara rasmi semalam kini sudah boleh ditempah di Malaysia melalui pengedar KLDSLR.com pada harga penjualan RM 4,298.99 bagi pakej Fly more combo.

DJI Mavic Air yang ditawarkan oleh KLDSLR ini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan merah.
Jika anda melakukan tempahan Mavic Air, anda dijangka akan menerima dron anda 14-20 hari sebelum tahun baru cina yang akan disambut pada 16 dan 17 Februari 2018.

KLDSLR tidak menawarkan pakej biasa Mavic Air namun satu lagi penjual iaitu Drones Kaki Official ada menawarkan pakej biasa Mavic Air dengan harga penjualan RM 3,399 namun telah kehabisan stok ( hanya 10 unit sahaja ditawarkan mengikut tinjauan kami di laman Facebook mereka).

Selain itu, kami tidak dapat memastikan sama ada dron DJI Mavic Air ini hadir dengan jaminan waranti rasmi DJI Malaysia ataupun tidak.

maklumat lanjut boleh dilihat di KLDSLR.com atau di FB Drones Kaki Official.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.