Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F5 bakal ditawarkan didalam warna biru – edisi terhad Hari Valentines

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan akan memperkenalkan satu lagi versi Oppo F5 dan kali ini ianya adalah edisi terhad didalam warna biru yang dikenali sebagai ‘dashing blue’.

Oppo F5 didalam warna biru ini dikeluarkan sempena hari Valentine dan walaupun kebiasaanya merah jambu adalah warna tema untuk hari Valentinge, Oppo mengeluarkan warna biru kerana syarikat ini telah pun menawarkan model ini didalam warna merah.

Oppo F5 edisi terhad ini akan ditawarkan didalam kapasiti 4GB RAM + 32GB ROM selain lain-lain spesifikasi yang sama seperti Oppo F5.

Buat masa ini Oppo tidak mendedahkan sebarang maklumat harga Oppo F5 ini namun lebih banyak maklumat dijangka akan dikeluarkan minggu hadapan.

Baca ulasan Oppo F5 kami yang komprehensif di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.