Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X20 Plus UD akan dilancarkan secara rasmi 24 Januari ini

Vivo X20 Plus UD akan dilancarkan secara rasmi 24 Januari ini 1

Telefon pintar pertama dengan sensor capjari terbina pada skrin, Vivo X20 Plus UD akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Januari ini.

Pengesahan ini telah datang dari Vivo yang telah mula menghantar jemputan media ke majlis pelancaran telefon pintar ini yang akan diadakan di Beijing esok.

Vivo X20 Plus UD akan dilancarkan secara rasmi 24 Januari ini 2

Vivo X20 Plus UD akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Vivo X20 Plus iaitu skrin paparan AMOLED 18:9 berukuran 6.43-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 660 dan dwi kamera 12MP + 5MP ( hanya spesifikasi ini yang diketahui setakat ini).

Vivo telah diberikan penghormatan untuk menjadi pengeluar telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan teknologi ini dan ianya akan ditawarkan pada harga CNY 3,998 (RM 2,451) iaitu CNY 500 lebih mahal berbanding model X20 Plus yang biasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.