Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A83 mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999

Oppo A83 mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999 1
Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu lagi telefon pintar pakar selfie yang dikenali sebagai Oppo A83 mula dijual mulai hari ini.

Oppo A83 ini hadir dengan harga penjualan RM 999 dan ianya ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas.
Bercakap mengenai spesifikasi, Oppo A83 akan hadir dengan skrin paparan HD+ beresolusi 5.7-inci ( 720 x 1440), pemproses MediaTek MT6763T, 3GB RAM , memori simpanan dalaman 32GB dan sensor capjari dibahagian belakang.

Oppo A83 juga memiliki bateri berkapasiti 3,180mAh, kamera utama 13MP dan kamera selfie 8MP dengan teknologi ‘AI Beauty Recognition Technology’.

Penawaran Oppo A83 ke pasaran Malaysia sudah pastinya memberikan pengguna golongan muda akses kepada teknologi selfie pada harga yang lebih berpatutan.

Dengan harga penjualan yang berpatutan ini, Oppo A83 dijangka akan menjadi antara telefon pintar terhangat dipasaran.

baca Coexx LINE 1 Timer Cable kini di Malaysia – kable dengan tetapan waktu pengecasan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.