Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

XCoinPay – platfom e-wallet dan pembayaran cryptocurrency pertama di Malaysia


XCoinPay Technology Limited yang merupakan syarikat fintech terkemuka dunia telah memperkenalkan platform pembayaran XCoinPay secara rasminya ke pasaran Malaysia.

Bercakap mengenai XCoinPaym ianya adalah mod pembayaran ‘blockchain’ yang menggunakan platform pembayaran RouPay yang selamat untuk memproses transaksi cryptocurrency.

XCoinPay adalah platform pembayaran yang menyokong hampir 180 jenis cryptocurrency termasuk BitCoin, Ethereum, ZCash, Monero, DogeCoin dan banyak lagi.

Dengan pengunaan XCoinPay, pengguna bolhe menerima dan menghantar hampir 95% cryptocurrency didalam satu platform yang berasaskan pembayaran RouPay yang menawarkan bayaran transaksi yang rendah selain waktu pemprosesan yang pantas.

Bagi menggunakan cryptocurrency pada platform XCoinPay, XCoinPay Token (XYT) pada RouPay akan digunakkan sebagai yuran transaksi micro dan bagi pertukaran nilai cryptocurrency yang digunakan.

Ini sedikit sebanyak menjamin nilai dan melindungi cryptocurrency anda daripada mana-mana serangan.
Selain itu, pada bulan Mac 2018, XCoinPay akan turut menawarkan aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna membeli produk dan servis menggunakan cryptocurrency.

XCoinPay kini sedang menarik lebih banyak syarikat untuk menyokong pembayaran cryptocurrency melalui platform XCoinPay dan mensasarkan platform pembayaran ini mula beroperasi selewat-selewatnya pada bulan Jun 2018.

Selain itu, para pemilik cryptocurrency juga digalakkan untuk mendaftar dengan XCoinPay apabila pendaftaran dibuka pada penghujung bulan Januari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.