Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Coexx LINE 1 Timer Cable kini di Malaysia – kable dengan tetapan waktu pengecasan

Coexx LINE 1 Timer Cable kini di Malaysia - kable dengan tetapan waktu pengecasan 1
Coexx jenama yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini namun syarikat ini mempunyai sejarah mereka yang membanggakan dimana ianya telah memperkenalkan produk perintis ‘pioneer product’ yang pertama kali dipasaran.
Coexx adalah pengeluar aksesori telefon yang berpangkalan di Hong Kong dan kini telah mula mengembangkan perniagaanya ke pasaran Asia yang lain termasuk Malaysia.
Coexx LINE 1 Timer Cable kini di Malaysia - kable dengan tetapan waktu pengecasan 2
Produk perintis yang kami perkatakan adalah kabel USB Coexx LINE 1 yang mempunyai tetapan masa untuk membolehkan anda mengecas peranti anda dengan lebih selamat dan efisen.
Coexx LINE 1 Timer Cable kini di Malaysia - kable dengan tetapan waktu pengecasan 3
kable ini mempunyai satu butang yang mana satu kali anda tekan akan menambah satu jam waktu pengecasan dengan waktu pengecasan maksima adalah 9 jam. Selain itu, jika anda mahu menolak jumlah jam pengecasan anda hanya perlu menekan butang tersebut sebanyak dua kali ( satu jam akan ditolak setiap kali cara ini dilakukan).
Coexx LINE 1 Timer Cable kini di Malaysia - kable dengan tetapan waktu pengecasan 4
kable ini juga mempunyai paparan LED waktu pengecasan yang hadir didalam berwarna merah dan jumlah output pengecasan yang ditawarkan adalah 3A bagi USB-C dan 2.4A bagi kable micro USB dan kable lightning ( untuk iPhone).
Selepas tempoh pengecasan yang pilih tamat, kable unik daripada Coexx ini akan menamatkan pengecasan dengan serta merta dan dengan ini ianya mampu meningkat jangka hayat bateri dan peranti anda.
Selain itu, kable USB  LINE 1 Timer   ini juga akan menyambung semula waktu pengecasan yang dipilih selepas pengecasan sebelum ini selesai.
Coexx LINE 1 Timer Cable kini di Malaysia - kable dengan tetapan waktu pengecasan 5
Kable USB Coexx LINE 1 Timer ini boleh digunakan pada plak pengecasan ataupun pada komputer peribadi Windows dan juga Mac OS.
Coexx menawarkan kable USB Coexx LINE 1 Timer ini didalam dua versi iaitu USB-Type C dan juga micro USB dengan adapter lightning untuk pengecasan peranti iOS.
Coexx LINE 1 Timer Cable kini di Malaysia - kable dengan tetapan waktu pengecasan 6
Coexx LINE 1 Timer USB Cable ini hadir dengan harga penjualan $ 16.90 (RM 67.35) bagi jenis microUSB + Lightning dan $ 17.90 (RM 71.36) bagi versi USB type-C.
Buat masa ini Coexx masih belum mempunyai pengedar di pasaran Malaysia namun kos pemilikan cable ini dijangka lebih murah jika Coexx mempunyai wakil pengedar tempatan.
Walaupun harga ini adalah sedikit tinggi, namun ianya boleh dianggap sebagai pelaburan yang berbaloi kerana ianya akan mengurangkan risiko yang menyebabkan kerosakkan bateri sekaligus memanjangkan jangka hayat peranti anda.
Beli kable Coexx LINE 1 Timer bagi peranti iPhone atau Android di sini.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.