Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor dan DJI umumkan program pembelian dengan pembelian yang menarik

Honor View 10 telah ditawarkan di Malaysia sejak 13 Januari yang lalu dan laporan awal memberikan petanda positif mengenai prestasi penjualan telefon pintar ini.

Jika anda sedang bercadang untuk membeli Honor View 10 atau dron DJI Spark, Honor dan DJI telah berkerjasama untuk menawarkan pakej pembelian dengan pembelian ( PWP) yang menarik.

Dengan pembelian Honor View10 mulai bulan hadapan, anda akan menerima diskaun untuk embelian pengstabil DJI Osmo mobile 2 bernilai RM 60 ( peranti ini hanya akan tiba ke pasaran Malaysia pada bulan Mac 2018).

Salah satu tawaran adalah apabila anda membeli kombo DJI Spark Fly More bernilai RM 2988, anda akan menerima bauchar diskaun bernilai RM 200 untuk pembelian Honor View 10.

Bercakap mengenai Honor View 10 ini, ianya adalah model Honor V10 ( di pasaran China) dan ianya hadir dengan pemproses Kirin 970 dan skrin paparan yang turut digunakan pada Huawei Mate 10 Pro.

Honor View 10 ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci ( 1080 x 2160 piksel), dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/64GB dan 6GB/128GB ( pasaran Malaysia menerima versi 6GB RAM + 12GB ROM).

Bercakap mengenai kamera, Honor View 10 hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 16MP dan sensor hitam putih 20MP. Kamera ini mempunyai aperture f/1.8 namun tiada optik pengstabilan imej dan tidak lupa kamera selfie 13MP dengan aperture f/2.0.

Huawei View 10 juga memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh yang disertakan dengan plak pengecasan pantas 5V/4.5A s( Honor SuperCharge), EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan VoLTE .

Comments

comments