Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) tiba di Malaysia minggu ini

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) tiba di Malaysia minggu ini 1

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) yang diumumkan pada bulan Disember 2017 dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 17 Januari ini.

Samsung akan mengadakan majlis pelancaran Galaxy A8(2018) dan Galaxy A8+ (2018) pada hari Rabu ini dan ketika itu kita dijangka akan diberikan lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini.

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) tiba di Malaysia minggu ini 2

Siri Galaxy A (2018) dikatakan sebagai siri yang paling hampir dengan siri utama Galaxy S khususnya dengan pengunaan skrin Infinity Display.

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) tiba di Malaysia minggu ini 3

Selain itu, bahagian kamera Galaxy A8 dan Galaxy A8+ juga diberikan penambahbaikan dengan fokus lebih tertumpu kepada pengambilan gambar selfie dan ini telah menjadikan Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) sebagai telefon pintar pertama samsung untuk memiliki kamera selfie dwi-lensa.

Selain itu, antara ciri-ciri yang dimiliki oleh kedua-dua model ini adalah pensijilan kalis air IP68, Bixby, Samsung Pay, sensor pengesan wajah, sensor capajari, Android 7.1.1 (Nougat) dan pemproses Exynos 7885.

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ (2018) tiba di Malaysia minggu ini 4Samsung Galaxy A8 dan Samsung Galaxy A8+ (2018) dijangka akan hadir didalam 4 warna iaitu hitam, biru, emas dan kelabu.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.