Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia XA2, XA2 Ultra dan L2 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Sony Xperia XA2, XA2 Ultra dan L2 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi 1

Sony akan memulakan tahun 2018 dengan pelancaran beberapa peranti baru didalam masa terdekat iaitu di CES atau MWC yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Gambar rasmi poster Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra dan Xperia L2 telah mula membuat penampilan tidak rasmi dan ianya adalah generasi terbaru bagi Xperia XA1, Xperia XA1 Ultra dan Xperia L1.

Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, terdapat sedikit maklumat spesifikasi ketiga-tiga telefon pintar Xperia ini yang diketahui.

Sony Xperia XA2, XA2 Ultra dan L2 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi 2

Sony Xperia XA2 dijangka hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 630,3GB RAM, 32GB ROM dengan kamera utama 21MP selain kamera selfie 8MP.

Sony Xperia XA2, XA2 Ultra dan L2 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi 3

Sony Xperia XA2 Ultra pula akan hadir dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu 6.0-inci dengan resolusi yang sama seperti Xperia X2 Ultra selain pemproses dan juga kamera utama. Selain itu, Xperia XA2 Ultra dijangka akan turut mempunyai kamera selfie dwi sensor 16MP, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan Android Oreo yang turut ditawarkan pasa Xperia XA2.

Sony Xperia XA2, XA2 Ultra dan L2 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi 4

Sony Xperia L2 pula adalah peranti yang paling murah antara tiga model ini dan ianya hadir dengan saiz skrin yang sama seperti Xperia XA2 namun dengan resolusi skrin 720p

Walaupun sudah memasuki tahun 2018, Sony dilihat masih mahu mempertaruhkan reka bentuk yang digunakan sejak beberapa tahun lalu.

Sony mungkin akan menggunakan teknologi skrin Fullview 18:9 pada telefon pintar utama mereka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.