Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO F5 – Pro-selfie dan skrin Fullview pada harga berpatutan

Pendahuluan

Oppo adalah syarikat telefon pintar yang sememangnya terkenal dengan penawaran telefon pintar yang memfokuskan kepada teknologi selfie yang terkini.

Sejarah Oppo bermula dengan pelancaran Find 7 yang merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan skrin paparan QHD.

Walaupun kini lebih dikenali sebagai syarikat yang menyediakan telefon pintar pro selfie, Oppo masih boleh mampu menawarkan ciri baru dipasaran.

Oppo F5 merupakan telefon pintar pertama Oppo untuk hadir dengan skrin paparan Fullview yang merupakan antara ciri yang paling hangat dipasaran digabungkan dengan kepakaran Oppo didalam teknologi selfie menjadikan telefon pintar ini antara calon utama bagi telefon pintar mampu milik terbaik.

Berikut adalah ulasan Oppo F5 yang kini sudah mula ditawarkan di Malaysia

Reka bentuk

Dengan fokus utama adalah skrin paparan, Oppo F5 mempunyai permukaan hadapan berasaskan gelas sepenuhnya dan dengan nisbah skrin 18:9, anda kini mendapat peranti yang lebih tinggi dan dengan kelebaran yang kurang.

Panel belakang menyaksikan Oppo kembali menggunakan panel polikarbonat yang pada pandangan pertama kelihatan seaakan besi. Selain itu terdapat juga jalur besi atau krom yang mengelilingi skrin dan yang turut merentasi permukaan panel belakang.

Disebabkan pengunaan skrin paparan Fullview, Oppo F5 mempunyai sensor capjari yang ditempatkan pada panel belakang.

Walaupun dengan pengunaan skrin Fullview, Oppo harus dipuji kerana menyertakan slot audio 3.5mm namun ini mungkin kerana pengunaan slot USB 2.0 yang lebih menjimatkan kos.

Skrin Paparan

Sebagai telefon pintar pertama Oppo untuk hadir dengan skrin paparan Fullview 18:9, Oppo harus dipuji kerana masih berjaya menawarkan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.0-inci yang memberikan kepadatan piksel 402ppi.

Menikmati multimedia dan bermain permainan video pada Oppo F5 adalah satu pengalaman yang khususnya dengan ruang skrin yang lebih besar namun mempunyai profil peranti yang kompak.

Walaupun masih ada aplikasi yang belum menyokong nisbah skrin 18:9, skrin Fullview boleh dinikmati pada aplikasi popular seperti YouTube, Facebook dan Instagram.

Prestasi dalaman

Pada harga RM 1,298, Oppo F5 mampu memberikan pengguna prestasi yang optimum didalam kategori harga ini, pengunaan pemproses MediaTek Helio P23 menawarkan prestasi yang sama hebat dengan pemproses lain seperti Qualcomm Snapdragon 450.

Permainan video dengan kadar grafik yang tinggi juga tidak menjadi masalah khususnya dengan pengunaan GPU Mali-G71MP2 selain pengunaan 4GB RAM.

Pengalaman peribadi kami mencuba permainan video Cover Fire menyaksikan Oppo F5 berjaya mengendali permainan ini tanpa sebarang ‘lag’ namun peranti menjadi panas selepas 5-10 minit permainan (masih selesa untuk dipegang).

Kamera

Oppo F5 merupakan telefon pintar yang dipasaran dengan selfie sebagai fokus utama dan pada F5 , Oppo memperkenalkan teknologi AI Facial Recognition
pada kamera hadapan 20MP f/2.0 yang dimilikinya.

Kamera hadapan Oppo F5 ini mempunyai sokongan bokeh dan mod kecantikan berasaskan AI yang membolehkan penambahbaikan gambar selfie lebih semula jadi.

Mod kecantikan Oppo F5 ini kami cadangkan anda tetapkan pada automatik kerana ianya mampu memberikan penambahbaikan yang secukupnya dan tidak keterlaluan.

Bercakap mengenai kamera belakang Oppo F5, ianya adalah unit kamera 16MP dengan aperture f/1.8.

Kamera ini tidak mempunyai OIS mahupun EIS dan hanya menyokong video rakaman 1080p.

Secara jujurnya kami dapat mengambil gambar yang baik menggunakan Oppo F5 namun ketiadaan mekanisma pengstabilan imej kadang-kadang memberikan kesan kepada gambar.


Prestasi bateri

Oppo F5 memiliki bateri berkapasiti 3,200mAh yang mana ianya adalah sama seperti pada Oppo F3 dan ianya menawarkan jangka hayat bateri yang memuaskan.

Oppo F5 hadir dengan slot pengecasan USB 2.0 namun tiada sokongan pengecasan pantas VOOC yang boleh dikatakan eksklusif bagi peranti Oppo yang lebih premium.

Walaubagaimanapun, Oppo menawarkan adapter pengecasan 5V@2A yang dilihat mempunyai kebolehan untuk mengecas F5 ini ke tahap 50% didalam masa 30 minit sahaja.

Penutup

Oppo F5 yang ditawarkan pada harga RM 1,298 boleh dirumuskan sebagai antara telefon pintar terbaik pada harga RM 1,500 dan kebawah.

Dengan skrin paparan Fullview ( skrin FHD+) dan teknologi selfie AI, pengguna sudah pastinya berpuas hati dengan telefon pintar ini.

Selain itu, Oppo F5 kini turut ditawarkan didalam versi 6GB yang sudah pastinya mempunyai lonjakan pretasi dan kapasiti memori dalaman yang lebih luas.

Oppo F5 6GB ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,698.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil melalui Oppo F5

mod biasa dan pengzooman 2x

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.