• Home »
  • Samsung »
  • Samsung sasarkan untuk menjual 320 juta unit telefon pintar tahun ini

Samsung sasarkan untuk menjual 320 juta unit telefon pintar tahun ini

Menurut satu laporan terbaru di Korea Selatan, Samsung mensasarkan untuk menjual sekitar 320 juta unit telefon pintar tahun ini yang mana ianya termasuk 40 juta unit telefon bimbit biasa, 20 juta unit table dan 5 juta unit peranti pemakaian pintar.

Sasaran bagi tahun 2018 dibuat dengan penuh berhati-hati kerana pasaran telefon pintar kini sudah mencapai tahap ‘tepu’ dan sasaran ini tidak banyak perbezaan dengan tahun 2017.

Walaupun menetapkan sasaran yang sama, Samsung dijangka mampu mengekalkan kedudukan No.1 diperingkat global diikuti oleh Apple dan Huawei.

Walaupun tidak akan memfokuskan kepada penjualan unit yang lebih banyak tahun ini, Samsung akan cuba meningkatkan keuntungan melalui penawaran produk premium seperti siri Galaxy S, Galaxy Note dan telefon pintar ‘foldable’ yang baru.

Sebagai peringatan, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan menjadi telefon pintar utama pertama Samsung tahun ini dan pelancaranya mungkin berlangsung pada bulan Februari atau Mac 2018.

sumber

Comments

comments

Share