Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 4 Max kini ditawarkan pada harga RM 699 sahaja

Sempena sambutan tahun baru 2018, Asus Malaysia telah mengumumkan promosi terbaru mereka yang membolehkan anda memliki telefon pintar Asus ZenFone 4 Max pada harga istimewa iaitu hanya RM 699.

Harga penjualan RM 699 adalah RM 100 lebih murah berbanding harga penjualan asal iaitu RM 799 dan promosi ini adalah pengurangan harga tetap dan tidak mempunyai tempoh luput.

Terus kepada spefisikasi, Asus ZenFone 4 Max hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 425, GPU Adreno 308, 3GB RAM, 32GB ROM dan tiga slot yang menyokong dua sim dan satu kad microSD.

Selain itu, Asus ZenFone 4 Max juga memiliki dwi kamera 13MP yang disertakan bersama satu unit kamera lensa lebar, kamera selfie 8MP dan bateri berkapasiti 4,100mAh yang merupakan antara kelebihan telefon pintar ini ( juga mempunyai sokongan fungsi sebagai powerbank).

Asus ZenFone 4 Max ini kini boleh dibeli melalui wakil pengedar sah Asus di seluruh Malaysia dan juga secara atas talian melalui Stor rasmi Asus di Lazada Malaysia.

Asus ZenFone 4 Max ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan merah jambu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.