Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Inilah Sebab Huawei menjadi jenama paling berkembang pesat di Malaysia

Jenama telefon pintar Huawei kini sudah tidak asing lagi di pasaran Malaysia dan telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelekangan ini.

Huawei telah menjadi jenama telefon pintar No 2 di Malaysia dan pada masa yang sama No 3 di peringkat Global dan dengan kejayaan ini, Huawei berazam untuk menjadi jenama telefon pintar No.1 dunia khususnya dengan asas dan pengetahuan yang kukuh didalam teknologi yang berkaitan.

YouGov, pertubuhan yang mengkaji pasaran gloabl telah mengeluarkan satu ujikaji yang mana Huawei telah berjaya berada didalam senarai 10 jenama yang mendapat kepercayaan di Malaysia dengan Huawei merupakan jenama yang menunjukkan peningkatan terbesar dengan jumlah markah 20.6.

Selain itu, Huawei juga berada ditangga ke-70 didalam kedudukan antara jenama di peringkat Global dengan nilai jenama sekitar USD 6.6 bilion iaitu peningkat 14% berbanding tahun sebelum ini.

Kedudukan Huawei juga boleh dibuktikan dengan kehabisan stok tempahan Huawei Mate, kejayaan Huawei P10, pelancaran pemproses AI dan banyak lagi sekaligus meletakkan Huawei sebagai jenama yang kukuh bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

Kesemua produk yang dilancarkan Huawei adalah dengan memfokuskan kepada memenuhi kehendak pelanggan. Huawei sentiasa melakukan kajian akan apakah yang pelanggan mahu dan membangunkan produk berdasarkan visi tersebut. Tidak seperti jenama lain yang melancarkan teknologi untuk mendapatkan imej jenama yang lebih baik namun bukan apa yang diperlukan oleh pengguna.

Pelancaran siri Huawei Mate 10 baru-baru ini dengan teknologi terbaru Huawei iaitu AI telah menjadikan Siri ini sebagai telefon pintar berukuasa tinggi yang pintar. AI adalah sistem operasi dibalik tabir yang mana pengguna tidak tahu akan kewujudanya.

Walaubagaimanapun, salah satu ciri utama yang dikuasai oleh AI adalah fotografi AI Huawei Mate 10 dimana fotografi AI Mate 10 adalah berasaskan maklumat data yang besar, membangunkan titik pandangan artistik sekaligus menjadikan AI sebagai artis profesional didalam fotografi.

Fotografi AI Huawei Mate 10 mampu mengesan 13 pemandangan dan objek berdasarkan pada berjuta-juta gambar yang disimpan pada cip dan secara automatik mengubah tetapan berdasarkan keadaan persekitaran untuk menghasilkan gambar yang sempurna setiap kali anda menggunakan kamera AI Mate 10 ini.

Berikut adalah gambar diambil oleh huawei Mate 10 Pro:

AI juga mempunyai kebolehan untuk mempelajari cara pengunaan bagi membolehkan cip ini mengubah tetapan mengikut keperluan aplikasi tertentu sekaligus memberikan tetapan unit bagi setiap aplikasi yang digunakan. Dengan ini AI juga akan menjadi lebih pintar dengan mengenali corak pengunaan pemilik.

AI juga mengoptimasi pengunaan kuasa setiap aplikasi, mengawal dan membahagikan tenaga secara efisen bagi menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama. Selain itu, mod EMUI Desktop juga membolehkan anda mengakses kerja-kerja rasmi anda pada skrin yang lebih besar dengan hanya satu kable USB-C kepada HDMI ( tidak perlu dok khas).

Kejayaan Siri Huawei Mate 10 tidak dapat lagi kita nafikan dan dengan teknologi pemprosesan AI yang pertama kali digunakan pada telefon pintar, Huawei sudah pastinya akan sentiasa mendengar apa yang penggguna mahu pada generasi telefon pintar yang akan datang.

Info selanjutnya boleh malayari http://consumer.huawei.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.