• Home »
  • Honor »
  • Ujian Beta Android Oreo bagi Honor 8 Pro kini dibuka di Malaysia

Ujian Beta Android Oreo bagi Honor 8 Pro kini dibuka di Malaysia


Telefon pintar terbaik Honor di Malaysia bagi tahun 2017 iaitu Honor 8 Pro kini satu langkah lebih dekat untuk mula merasai resipi Android yang terkini iaitu Android 8.0 Oreo.

Versi beta Android 8.0 Oreo bersama-sama EMUI yang terkini iaitu 8.0 boleh dimuat turun oleh pemilik Honor 8 Pro di Malaysia.

Untuk menyertai program beta ini, anda hanya perlu melakukan tiga langkah mudah seperti dibawah:

1. Tekan pautan ini – Ujian Beta EMUI8 Honor 8 Pro
2. Muat turun dan daftar masuk
3. Sertai projek

Versi baru ini membawakan pengguna Honor 8 Pro sistem operasi terkini Android dan disebabkan ianya adalah versi beta, anda mungkin menghadapi sedikit masalah kestabilan OS dan ‘lag’.

Honor 8 Pro yang telah mula ditawarkan di Malaysia sejak bulan Julai yang lalu kini dijual dipasaran pada harga RM 1,799.

 

Comments

comments

Share