Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F5 edisi terhad Fattah Amin akan dilancarkan tidak lama lagi

Oppo F5 edisi terhad Fattah Amin akan dilancarkan tidak lama lagi 1

Oppo F5 telefon pintar pro selfie nampaknya akan hadir didalam versi edisi terhad Fattah Amin tidak lama lagi dan model ini menyusul selepas pengenalan model Oppo F5 6GB yang dilancarkan dengan kerjasama Swarovski.

Oppo F5 edisi khas Fattah Amin ini dijangka akan ditawarkan didalam warna hitam dan mungkin hadir dengan ukiran tandatangan Fattah Amin pada panel belakang.

Selain itu, buat masa ini Oppo masih belum mengeluarkan sebarang maklumat edisi khas ini namun lebih banyak informasi akan dikeluarkan didalam masa terdekat.

Bercakap mengenai spesifikasi Oppo F5 edisi khas ini, ianya dijangka sama seperti versi biasa Oppo F5 dengan kamera selfie 20MP ( aperture f/2.0).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.