Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tronsmart, pengeluar aksesori Quick Charge memperkenalkan produk-produk pengecas baru di Malaysia

Tronsmart, pengeluar aksesori Quick Charge memperkenalkan produk-produk pengecas baru di Malaysia 13TRONSMART, PENGELUAR AKSESORI QUICK CHARGE MEMPERKENALKAN PRODUK-PRODUK PENGECAS BARU DI MALAYSIA

Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka, kini dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia. Tronsmart memperkenalkan produk-produk terbaru mereka untuk pasaran tempatan: Titan Plus 90W Multi-Port USB Charger, BRIO 20,100 mAh PD Power Bank, AIRAMP Dual Coil Wireless Charger dan W2DT Wall Charger.

Produk-produk Tronsmart direka khusus untuk menyenangkan kehidupan pengguna, dengan memperkenalkan produk-produk yang berkualiti tinggi.

Dengan hadirnya teknologi baru, Tronsmart tampil ke hadapan untuk memberikan pengalaman yang tiada bandingan di dalam pasaran aksesori mudah alih.

“Tronsmart telah berkembang dengan pesat di luar negara China sejak kebelakangan ini. Dengan kerjasama pengedar kami, Kconnection Technology Sdn Bhd, pengguna di Malaysia kini boleh membeli produk-produk Tronsmart di mana-mana kedai IT kegemaran mereka seperti di KLCC, IOI City Mall dan lain-lain lokasi. Selain itu, barangan Tronsmart juga boleh dibeli di dalam talian melalui rakan e-dagang kami seperti Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong,” kata Alice Wu, Pengarah Jualan Kanan, Tronsmart Malaysia.

“Tronsmart ingin menjadi jenama Quick Charge  terunggul di Malaysia dengan menawarkan produk bermutu tinggi, jenama yang terkenal dan juga servis lepas-jualan yang bagus untuk pelanggan kami,” tambah beliau lagi.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tronsmart kerana telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Produk mudah alih mereka sangat inovatif, yang menggunakan teknologi Quick Charge dari Qualcomm,” kata Encik Goh Thih Liang, Pengurus Negara, Qualcomm Malaysia dan Filipina.

Tronsmart akan mengumumkan produk baru yang menggunakan teknologi Quick Charge 4.0 dari Qualcomm di 2018. Di samping itu, produk yang menggunakan teknologi cas tanpa wayar dan juga tenaga solar akan dilancarkan. Untuk audio pula, produk yang menggunakan teknologi Bluetooth 5.0 dan Amazon Alexa akan hadir ke pasaran dunia pada masa yang sama.

 

 Tronsmart, pengeluar aksesori Quick Charge memperkenalkan produk-produk pengecas baru di Malaysia 14

U5TF TITAN PLUS 90W MULTI-PORT DESKTOP CHARGER DENGAN TEKNOLOGI QUICK CHARGE 3.0, HUAWEI FCP DAN VOLTIQ

Dengan jumlah output sebanyak 90W, pengecas meja Tronsmart U5TF Plus mempunyai lima port pengecas USB-A yang menyokong teknologi pengecas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0. Telefon pintar yang menyokong Quick Charge 3.0 termasuklah Xiaomi Mi 6, HTC U11, LG G6, Nokia 8 dan banyak lagi.

Titan Plus boleh mengesan peranti yang tersambung untuk mengecasnya dengan teknologi VoltiQ dan juga menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei FCP. Untuk peranti biasa, ia boleh mengecas dengan output maksimum 2.4A dan juga perlindungan pelbagai lapisan untuk memastikan peranti anda selamat.

Tronsmart U5TF Titan Plus Desktop Charger akan ke pasaran Malaysia mulai 25 Disember dengan harga RM 209.

Tronsmart, pengeluar aksesori Quick Charge memperkenalkan produk-produk pengecas baru di Malaysia 15TRONSMART BRIO 20100MAH PD POWERBANK

Power bank Tronsmart Brio 20,100mAh mempunyai dua port USB Type-A dengan teknologi VoltiQ dan juga port USB Type-C yang menyokong protokol Power Delivery 2.0 yang boleh menyalurkan sehingga 30W untuk peranti yang menyokong protokol ini seperti Apple MacBook, iPhone 8 dan 8 Plus, iPhone X, Nintendo Switch dan sebagainya.

Tronsmart Brio juga boleh mengecas sehingga tiga peranti secara serentak dengan output maksimum sebanyak 54W, yang tidak boleh ditandingi oleh pengeluar yang lain. Power bank ini menggunakan sel bateri dari LG, yang mempunyai kualiti yang tinggi dan selamat untuk digunakan.

Brio 20,100mAh boleh didapati di pasaran Malaysia dari Januari 2018 dengan harga RM 329.

Tronsmart, pengeluar aksesori Quick Charge memperkenalkan produk-produk pengecas baru di Malaysia 16AIRAMP DUAL COIL WIRELESS CHARGER

Inovasi adalah sinonim dengan Tronsmart, dan AirAmp Dual Coil Wirless Charger adalah salah satu produk yang berinovatif tinggi kerana rekabentuknya yang ergonomik dan juga keupayaan untuk mengecas pantas tanpa wayar.

AirAmp boleh digunakan dengan pelbagai model telefon pintar di pasaran yang menyokong pengecasan tanpa wayar – dari Android sehinggalah iPhone yang terkini, termasuklah Samsung Galaxy S7, S7 Edge, S8, S8 Plus, Note 8 dan sebagainya. Ianya juga menyokong produk Apple seperti iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Pengguna tidak perlu risau kerana pengecas tanpa wayar AirAmp dilengkapi dengan lubang penyejuk di belakang untuk menyejukkan pengecas ini. Walaupun ianya mengecas dengan pantas, prestasinya telah dioptimumkan untuk penggunaan am.

Pengecas ini juga mempunyai perlindungan pelbagai lapisan yang melibatkan perlindungan lebih-pengecasan, perlindungan lebih-voltan, perlindungan lebih semasa dan juga perlindungan litar pintas.

AirAmp juga boleh digunakan dengan telefon pintar yang menggunakan casing, jadi telefon boleh dicas tanpa membuka casing.

AirAmp Wireless Charger kini dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM 199.

Tronsmart, pengeluar aksesori Quick Charge memperkenalkan produk-produk pengecas baru di Malaysia 17W2DT 48W USB WALL CHARGER

Dinobatkan sebagai pengecas dinding paling berkuasa, Tronsmart W2DT hadir dengan teknologi USB Power Delivery dan sokongan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan VoltiQ. Ia boleh digunakan dengan pelbagai sambungan, termasuklah USB Type-C dan Micro-USB.

Quick Charge 3.0 yang terbina dalam boleh mengecas 4 kali lebih pantas dari pengecas biasa, dan 40% lebih pantas dari teknologi Quick Charge 2.0.

Port USB Type-C Power Delivery menyalurkan 30W untuk mengecas peranti yang disambungkan. Jumlah watt yang tinggi membolehkan peranti anda dicas dengan lebih pantas. Ia boleh digunakan untuk mengecas MacBook, Google Chromebook Pixel, iPad Pro dan sebagainya.

Port USB dengan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan teknologi VoltiQ pula boleh mengesan jumlah tenaga yang diperlukan untuk setiap peranti yang disambungkan. Ia sesuai untuk peranti yang menyokong Quick Charge 3.0 seperti Samsung Galaxy Note 8 dan juga peranti lain seperti iPhone.

W2DT USB Wall Charger akan tiba di Malaysia pada Januari 2018 dengan harga RM 179.

 

Tronsmart, pengeluar aksesori Quick Charge memperkenalkan produk-produk pengecas baru di Malaysia 18

Kesemua produk Tronsmart boleh dibeli di kedai dalam talian yang berikut:

Selain itu, produk Tronsmart juga boleh didapati dari kedai IT dan elektronik terkemuka yang tertera di bawah:

  • Flash Gadgets (Foto Flash)
  • iGadget
  • All IT Hypermarket
  • Mac Studio
  • My Chameleon
  • Telstar
  • Sun Global Concept Store
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.