Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu Pro 7 dan Meizu Pro 7 Plus kini lebih murah

Selain pelancaran Meizu M6 dan M6 Note ke pasaran Malaysia, Meizu Malaysia juga telah membuat pengumuman bahawa telefon pintar Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus yang telah ditawarkan di Malaysia sejak 3 bulan lalu akan menerima pengurangan harga.

Meizu telah mendapat sambutan yang amat baik bagi telefon pintar Meizu Pro 7 dan Meizu Pro 7 Plus dan bagi meningkatkan lagi pemilikan telefon pintar ini , Meizu telah mengumumkan penurunan harga bagi kedua-dua

model ini dengan harga baru adalah RM1,499 dan RM 2,399.

Meizu Pro 7 dan Meizu Pro 7 Plus hadir dengan satu skrin paparan Super AMOLED berukuran 2.0-inci pada bahagian belakang yang boleh digunakan ketika mengambil selfie dan memaparkan notifikasi.

Selain daripada keunikan ini, Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus juga hadir dengan spesifikasi yang baik.

Bercakap mengenai model Meizu Pro 7 ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Helio P25 daripada MediaTek, 4GB RAM, 64GB ROM dengan bateri 3,000mAh.

Meizu Pro 7 Plus pula hadir dengan skrin paparan 2K berukuran 5.7-inci, pemproses Helio X30, 6GB RAM, dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Selain itu, kedua-dua model Pro 7 ini juga memiliki teknologi dwi-kamera yang sama iaitu unit 12MP dengan sensor RGB dan sensor monokrom manakala tugas selfie diberikan kepada unit kamera 16MP.

Meizu Pro 7 sebelum ini hadir dengan harga penjualan RM 1,899 manakala Meizu Pro 7 Plus akan mempunyai harga penjualan RM 2,799.

Comments

comments